Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan

Senin, 10 Februari 2014

Publisiti Dah Jatuh No 2 – Fasha Sandha


Sejak bergelar isteri dan ibu, Fasha Sandha mengakui publisiti bukan lagi menjadi keutamaan buat dirinya biarpun masih aktif dalam dunia lakonan. Sebaliknya, aktres jelita ini sekarang lebih memberi tumpuan pada keluarganya. Meskipun kini dia jarang muncul di dada akhbar juga kaca TV berbanding sewaktu zaman anak daranya, namun Fasha bersyukur kerana hampir 10 tahun dalam industri lakonan, dia masih diberi peluang dan kepercayaan untuk menjayakan pelbagai watak baik dalam drama mahupun filem.

“Alhamdulillah saya suka dengan perkembangan saya sekarang. Walaupun ramai pelakon baru tapi saya masih ada tawaran berlakon. Saya dah melalui fasa lain. Kerjaya dan publisiti sekarang dah jatuh nombor 2. Kini saya dah jadi isteri dan ibu jadi tumpuan saya lebih pada keluarga.

“Tapi saya ni jenis suka bekerja. Memang dari remaja lagi saya dah diasuh untuk bekerja. Kalau saya duduk rumah, saya tak tahu nak buat apa. Masa saya mengandung pun, saya tetap bekerja dan banyak habiskan masa di salon saya. Suami saya pun tak beri apa-apa syarat kalau saya nak teruskan kerjaya saya.

“Sedih dan berat hati jugalah bila nak keluar bekerja dan terpaksa tinggalkan Rayfal. Tapi saya memikirkan tanggungjawab saya kepada masyarakat, saya kuatkan semangat. Tambah-tambah sekarang kalau saya nak keluar rumah tu, Rayfal dah pandai nak ikut saya. Biasanya saya akan hantar ke rumah ibu atau rumah ibu mertua saya”, Fasha mengenai perkembangan terbarunya ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie Cinta Mat Semprit, di Tasik Ampang Hilir, semalam.

Lego Boleh, iPad Tidak!

Dalam pada itu tambah Fasha, dia teruja melihat perkembangan anak sulungnya Putra Rayfal yang kini berusia lima bulan yang sudah pandai merangkak.

Kata isteri kepada Rizal Ashram aka Jejai ini, dia menggunakan pendekatan mendidik putera kesayangannya itu dengan didikan tradisional dan moden.

“Saya gunakan dua-dua pendekatan, moden dan tradisional dalam mendidik Rayfal. Dan saya tak bagi dia main iPad, biarlah dia main lego. Bagi saya, bayi kena jadi bayi, kanak-kanak kena jadi kanak-kanak. Tak mahu dia cepat sangat terdedah dengan gadjet yang ada sekarang”, ujarnya.

Perkembangan lain, Fasha bakal muncul dalam telemovie sempena Aidiladha berjudul Cinta Mat Semprit. Fasha melakonkan watak sebagai Lola, pakar membuat kuih semperit. Lola merupakan kakak kepada Ariel (lakonan Aeril Zafrel). Dia sanggup melakukan apa saja demi kebahagiaan adiknya.

Telemovie arahan Raja Ahmad Alauddin turut dijayakan Aeril Zafrel, Izara Aishah dan Roy Azman. Ia bakal bersiaran pada 15 Oktober, 10 malam di TV3. – Malaysian Digest
ReadFull Article ..

Jumat, 27 Desember 2013

Penjawat awam berhak ikuti ceramah parti – Suhakam

KUALA LUMPUR 3 Dis: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menerima memorandum berhubung pemecatan seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan.

Ini ekoran Qatrun Nada Latfi yang bertugas sebagai guru sementara menerima notis pemecatan pada 24 Oktober yang berkuatkuasa 1 Disember lalu tanpa menyatakan secara terperinci sebab pemecatan tersebut.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), Mohd Faris Abdullah kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabat Suhakam pagi tadi. Turut hadir, Qatrun Nada.
Detta Samen selepas menerima memorandum tersebut berkata, pihaknya akan mengambil masa seminggu bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan tersebut.

Malah menurut Detta Samen lagi, jika pihak pengadu sudah berurusan dengan peguam dan akan membawa kes tersebut di mahkamah, Suhakam akan turut bersama-sama peguam bagi membantu di mahkamah.
“Dan apa yang kami melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar, selain dari itu jika pihak pengadu sudah melantik peguam, Suhakam boleh turut sama dengan peguam tersebut di mahkamah,” jelasnya.

Detta Samen berkata, sebagai seorang guru, pengadu boleh mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu sekolah dan ia adalah hak seorang individu apatah lagi tidak mengganggu urusan sekolah.
“Semua boleh mengikuti ceramah parti dan tidak kira siapa yang menganjur. Sebagai individu mahupun kakitangan awam itu adalah hak mereka dan mereka berhak untuk menilai sendiri seseorang pemimpin atau parti,” katanya dipetik Harakah Daily.
“Proses ini adalah bagi memastikan pilihan beliau pada pilihan raya nanti adalah bertepatan, lagipun undi itu rahsia,” sambungnya.

Sementara itu, Mohd Faris memberitahu memorandum yang sama telah diserahkan kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November lalu, namun sehingga sekarang tidak menerima sebarang jawapan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=
ReadFull Article ..