Tampilkan postingan dengan label pelajar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pelajar. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

Dua lagi pelajar sekolah ditahan

Suspek masih beruniform sekolah ketika ditahan.

LUNAS – Dua pelajar lelaki tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan sebaik keluar dari kawasan sekolah kira-kira jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya mendapat maklumat ada dalam kalangan pelajar sekolah terutama lelaki menunggang motosikal curi ke sekolah.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal curi berkenaan akan diletakkan kira-kira 100 meter dari kawasan sekolah sebelum berjalan kaki ke sekolah bagi mengelakkan kenderaan itu dikesan.

“Kita telah membuat pemantauan terhadap pelajar sekolah dan sekolah yang terlibat dalam masalah motosikal curi.

“Pihak Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPPJ) Ibu Pejabat Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim, kemudiannya diarah menunggu suspek di luar sekolah dengan berpakaian preman. Sebaik sahaja suspek keluar dari sekolah, kami menahan mereka dan membawa mereka ke Balai Polis Lunas untuk pemeriksaan,” katanya.

Ghuzlan berkata, beberapa pelajar lain turut terlibat dan pihaknya sekali lagi ke rumah suspek kedua sebelum bertindak menahannya.

“Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut. Sehingga kini lebih 20 pelajar sekolah telah ditahan dan ada dalam kalangan mereka yang sudah di hadapkan ke mahkamah,” katanya.

Katanya, polis akan terus memburu remaja dan kumpulan yang masih bergerak aktif melakukan kegiatan curi motosikal itu – Sinar harian
ReadFull Article ..

Jumat, 07 Februari 2014

Aksi Ghairah Pelajar Singapura Dalam Bas

Bukan Sekali dua,tapi dah banyak kali berlaku pasangan remaja singapura dengan aksi tak senonoh di atas bas.Kali ini kerana geram,seorang penumpang bertindak merakam aksi mereka.
-
Mereka berpelukkan dan romen mulut seolah-olah tiada orang  disekeliling.Mungkin sengaja nak tayang-tayang aksi biadap dia la tu.
Korang pun pernah jumpa aksi jijik macam ni kat Malaysia kan? kat taman-taman rekreasi
xlupadotcom2 Aksi Ghairah Pelajar Singapura Dalam Bas
 
xlupadotcom3 Aksi Ghairah Pelajar Singapura Dalam Bas
 
xlupadotcom4 Aksi Ghairah Pelajar Singapura Dalam Bas
 
xlupadotcom5 Aksi Ghairah Pelajar Singapura Dalam Bas
ReadFull Article ..

Sabtu, 28 Desember 2013

5 sebab pelajar kolej sesuai jana pendapatan menerusi perniagaan affiliate



Jika anda seorang pelajar, anda pasti tahu bahawa kehidupan seorang pelajar adalah sangat menggembirakan. Berkawan, berhibur dengan rakan-rakan, bersukan, mendaki gunung, belajar bersama-sama dan berbagai lagi aktiviti yang menyeronokkan adalah rutin harian bagi anda. Di sebalik kegembiraan anda sebagai pelajar, saya pasti kehidupan pelajar biasanya mempunyai masalah yang sama iaitu masalah kewangan.
Anda di kalangan pelajar memerlukan wang untuk keperluan atau kegembiraan diri sendiri. Jadi, mereka melakukan kerja part time untuk memperoleh wang tambahan. Namun, masalah timbul selepas itu. Mereka terlalu sibuk bekerja sehingga lupa untuk belajar. Badan mereka juga menjadi penat dan selalu kepenatan ketika belajar di kelas.
Untuk mengatasi perkara ini, saya perkenalkan anda pada perniagaan affiliate. Perniagaan affiliate adalah sangat seronok dan lumayan. Pekerjaan sebagai affiliate tidak akan menjadikan badan anda penat dan untuk menjalankannya, anda hanya perlu ada internet dan komputer.
Berikut adalah lima sebab kenapa anda sebagai pelajar kolej sesuai menjadi seorang affiliate.
Market perniagaan online adalah tersangat besar.
Perniagaan affiliate sesuai untuk semua orang. Semua orang boleh bergelar sebagai affiliate. Semua orang juga boleh menjana pendapatan menerusi affiliate di sebabkan pasaran yang tersangat luas. Ini kerana pasaran melibatkan seluruh dunia. Semua orang sanggup mengeluarkan wang untuk menyelesaikan masalah mereka. Jadi, anda boleh jadi kaya dengan affiliate walaupun ramai orang menjadi affiliate kerana ia tidak akan tepu.
Anda boleh bekerja mengikut masa anda sendiri.
Sebagai pelajar, masa adalah kritikal bagi anda. Sebagai affiliate pula, anda bebas untuk bekerja pada masa bila dan di mana sahaja yang anda mahu. Anda bebas hendak bekerja sejam sehari atau hanya pada hujung minggu. Tiada paksaan bagi anda kerana sebagai affilaite anda adalah pekerja dan bos.
Jadi, anda boleh belajar bersungguh-sungguh dan melakukan pekerjaan sebagai affiliate pada masa lapang atau jika anda terdesak hendak wang, anda boleh peruntukkan masa sejam dua setiap hari bagi menguruskan perniagaan affiliate.
Tidak memerlukan modal.
Perniagaan affiliate tidak memerlukan modal. Ia sesuai untuk anda sebagai pelajar yang tidak mempunyai wang yang banyak untuk di laburkan dalam perniagaan.
Anda tidak perlu ada produk sendiri.
Nikmat sebagai affilaite adalah anda tidak perlu ada produk sendiri untuk jana wang. Anda boleh fokus pada tugas anda sebagai affilaite dan jana wang menerusinya.
Terdapat banyak maklumat percuma di internet.
Untuk permulaan, anda mungkin tiada wang untuk membeli ebook yang mahal dan sebagainya. Jadi, anda boleh memulakan perniagaan affiliate anda menerusi pelajaran percuma yang anda peroleh di internet.
ReadFull Article ..