Senin, 17 Maret 2014

Game Teenage Mutant Ninja Turtles Street Brawl

PLAY NOW !
 Game description: Foot Clan Street Brawl
 Game controls: 
 Space: Attack
 Shift: Block
 CTRL : Switch Turtle (final level only)
ReadFull Article ..

Minggu, 16 Maret 2014

Pria Ini Berubah Menjadi Wanita Dalam 13 Bulan

Dengan bantuan hormon pria 25 tahun ini menjadi seorang wanita hanya dalam waktu 13 bulan. Yuk Kita lihat bagaimana proses transgender pria menjadi wanita ini.












































































 

sumber
ReadFull Article ..

Sabtu, 15 Maret 2014

Lelong diri RM300

pix_topright
Oleh Asmah Rusman
Kuala Lumpur: Seorang wanita dipercayai pelayan pelanggan (GRO) yang sedang beraksi ghairah di atas pentas terkedu apabila pusat hiburan di Bandar Manjalara, Kepong, diserbu polis, semalam.
Difahamkan, wanita berkenaan bukan saja memberi hiburan kepada pelanggan yang datang, tetapi sedang berusaha ‘mempromosikan’ dirinya agar dipilih dibawa pulang dengan bayaran serendah RM300.

Serbuan dilakukan sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) kira-kira jam 12 malam itu menahan 13 wanita warga Vietnam berusia antara 21 dan 27 tahun.
Pegawai Turus D7 IPKKL Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, selain wanita berkenaan, tiga lelaki warga Myanmar yang memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) ditahan kerana bekerja sebagai pelayan.

“Risikan yang dilakukan seminggu lalu tidak menolak pusat hiburan ini ada menjalankan kegiatan pelacuran berdasarkan pergerakan keluar dan masuk wanita warga asing bersama pelanggan.

“Ketika serbuan, ada seorang wanita yang sedang asyik menari ghairah di atas pentas, selain terdapat lebih 50 pelanggan di dalam pusat hiburan ini,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati pusat hiburan yang baru sebulan beroperasi ini tidak memiliki lesen perniagaan yang sah.
ReadFull Article ..

Jumat, 14 Maret 2014

Jelajah Malaysia guna basikal unik

TARIK PERHATIAN. Jangan terkejut jika terserempak dengan kelibat warga England, Joff Summerfield, 48, mengayuh basikal pelik ini di kawasan anda kerana ia bukanlah demonstrasi jalanan mahupun pertunjukan percuma.

Basikal yang dikayuh oleh Summerfield adalah replika basikal terawal, Penny Farthing yang mempunyai roda hadapan besar dan amat popular pada akhir kurun ke-19.


Summerfield yang ditemui ketika melalui Jalan Teluk Intan-Bagan Datoh adalah seorang pengumpul barang antik di London dan beliau kini dalam rangka penjelajahan ke seluruh Semenanjung Malaysia menunggang basikal tersebut.
AKSI Summerfield mengayuh basikal 
dalam rangka jelajah Malaysia.
"Ramai penduduk tempatan mahu mencuba basikal ini tetapi saya nasihatkan mereka supaya membatalkan hasrat atas faktor keselamatan. Yang penting, saya mahu mempopularkan basikal ini di Malaysia," katanya.
Jelasnya, saiz rodanya yang besar menjadikan basikal tersebut berbahaya untuk ditunggangi oleh mereka yang tidak mahir.
Jom! Tengok Video Mat Salleh nyanyi Lagu "Basikal Tua"/ Sudirman
ReadFull Article ..

Kamis, 13 Maret 2014

200 demo bantah kebiadaban Soi Lek


KUALA LUMPUR:
 Lebih 200 umat Islam hari ini berhimpun secara aman  di hadapan Wisma MCA, Jalan Ampang, bagi membantah kebiadaban Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menghina agama Islam.

Mereka yang terdiri daripada perbagai latar belakang termasuk wakil NGO Islam hadir bagi menyatakan rasa tidak senang mereka dengan sikap MCA yang tidak berhenti-henti menghina agama Islam.

Himpunan hari ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Dewan Ulamak PAS Pusat. Ia hanya dirancang semalam oleh mereka dan berkumpul di sana hari ini.

Mereka membawa sepanduk dan poster mengecam tindakan pemimpin MCA itu yang didakwa tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam.

Ianya berikutan kenyataan Soi Lek yang menyerang Islam habis-habisan dan secara berterusan.

Terbaru, beliau mendakwa negara yang melaksanakan hudud adalah negara yang paling tinggi gejala rasuahnya.

Sementara itu, PAS turut menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang turut mengetuai himpunan itu berkata, pihaknya juga akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat.

"Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan kita akan bawa isu ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS," katanya kepada wakil media.

Beliau turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik.

"Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam," katanya sambil diikuti laungan takbir.

Beliau menyeru orang Melayu agar menolak MCA dan Umno dalam pilihan raya akan datang.

Seramai lima orang dilihat masuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil MCA di perkarangan pejabat pergerakan itu.

Selain Ustaz Idris, turut mengiringi semasa penyerahan itu termasuklah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Pemuda Adram Musa serta Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Turut serta dalam bantahan itu, pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal Adam Hamid serta bekas pelakon terkenal siri Gerak Khas, Abby Abadi.

Sementara itu Khairul Faizi melahirkan kekecewaan apabila rombongan mereka untuk menghantar memorandum kepada Soi Lek hanya diterima oleh Setiausaha Kerja Pemuda MCA.

"Bukan itu sahaja, kami hanya dilayan di hadapan tangga bangunan ini , hari ini beliau sudah buktikan beliau biadap," katanya dalam sidang media selepas selesai berhimpun.

Bahkan katanya, jika MCA tidak memohon maaf kepada umat Islam negara ini dalam masa satu minggu pihaknya akan mengadakan himpunan yang lebih besar dari hari ini.

"Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," tegasnya sambil menyifatkan MCA parti yang wajar ditolak oleh rakyat dalam PRU-13 kerana mengamalkan sikap perkauman yang melampau.

Himpunan yang berlaku hampir sejam itu turut mencuri perhatian awam dengan laungan takbir, hidup Islam, hancur kezaliman, berulang kali oleh peserta yang hadir.


ReadFull Article ..

Rabu, 12 Maret 2014

Video Gadis Berwajah Seram Jadi Sensasi Di Internet

Sebuah video yang sebenarnya dibuat untuk suka-suka dengan lagunya "Girlfriend" kini menjadi sensasi di internet. Ekspresi wajah si penyanyi, Laina Walker, sungguh unik membuatkan penonton terpikat.

Di dalam video itu Laina menyanyi dengan gaya yang lucu tapi menyeramkan. Di mana ia menampilkan ekspresi mata terbelalak dan seperti tidak berkedip dengan senyum lebar. Mengtinjauankan wajah menyeramkan seperti pelakon dalam filem-filem seram.


Rupanya ramai juga yang menganggapnya lucu dan dijadikan bahan gurauan di internet.Video berjudul "JB Fanvideo" itu telah ditonton sebanyak 6 juta kali sejak di muat naik 7 Jun lalu. Apakah Anda merasa seram ataukah menganggapnya lucu?
Inilah video milik Laina yang menghebohkan internet dengan aksi seram lucunya:
ReadFull Article ..

Senin, 10 Maret 2014

Bekas Model Playboy Dikecam Jadi Cikgu


Perbuatan negatif yang dilakukan pada masa lampau pastinya akan terus menghantui kisah hidup seseorang itu.

Sama juga halnya dengan seorang gadis berusia 21 tahun, Christy Nicole Deweese, yang kini bergelar guru di sebuah sekolah yang terletak di Texas, Amerika Syarikat.

Kebanyakan ibu bapa pelajar-pelajar di sekolah itu tidak bersetuju di atas pelantikan Christy kerana mereka merasakan bekas model itu bukanlah contoh terbaik untuk anak-anak mereka.


Sebelum ini, ketika di usianya mencecah 18 tahun Christy pernah menjadi model yang beraksi bogel dan ghairah untuk Playboy.

Atas sebab itulah sebilangan besar ibu bapa mengecam tindakan sekolah tersebut kerana bimbang anak mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran sebaliknya lebih tertumpu kepada guru mereka.

Namun, jangan terlalu cepat menghukum kerana menurut Christy, dia sudah lama menyesal dengan perbuatan lampaunya dan sedang cuba untuk mengubah gaya hidupnya yang lebih sesuai dengan profesionnya kini.

Oleh: AUDREY LEE
ReadFull Article ..

Minggu, 09 Maret 2014

Pas tidak akan tarik balik keputusan Majlis Syura

Wartawan Sinar Harian
20 Januari 2013
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh
SHAH ALAM – Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

“Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.

“Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian.

“DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya.
ReadFull Article ..

Sabtu, 08 Maret 2014

INFO Matawang Internet Masa Depan Apa Itu Bitcoin


Apa Itu Bitcoin ?
Bitcoin adalah matawang digital yang digunakan di internet. Ia boleh dihantar dari satu individu kepada individu lain melalui website di internet tanpa melalui bank. Ini bermakna kos penghantaran wang adalah lebih mudah dan murah.
Matawang digital tunggal ini boleh digunakan di seluruh dunia oleh sesiapa saja tanpa perlu tertakluk kepada sebarang jenis matawang dunia. Matawang ini juga tidak boleh dibekukan kerana ia tidak melalui mana-mana bank.
Bagaimana Bitcoin Bermula ?
Matawang ini dicipta oleh seorang yang hanya dikenali dengan nama Satoshi Nakamoto yang dipercayai berbangsa Jepun. Ada yang menyatakan Satoshi Nakamoto adalah satu watak yang tidak wujud sebenarnya. Watak ini diwujudkan untuk melindungi individu atau kumpulan sebenar yang mewujudkan matawang ini.
Bagaimana Mendapatkan Bitcoin ?
Bitcoin ini boleh dicipta melalui satu aplikasi yang dipanggil Bitcoin Miner. Dengan membuat ‘kerja’ di situ anda akan diberikan Bitcoin. Kerja bermaksud membuat aktiviti teknikal yang memakan masa. Klik di sini untuk baca lebih lanjut.
Bagaimana Bitcoin disimpan ?
Bitcoin disimpan dalam Bitcoin Wallet, website seperti bank online atau paypal yang biasa anda gunakan. Anda juga boleh gunakan Bitcoin Wallet ini untuk menghantar dan menerima duit. Penghantaran dan penerimaan adalah berdasarkan kepada alamat email dan password anda.
Apa Yang Boleh Dibeli dengan Bitcoin ?
Kebanyakkan kedai-kedai online di internet sudah mula untuk menerima pembayaran melalui Bitcoin. Buat masa ini anda boleh membeli games, t-shirt, alat musik, alat mainan, ebook dan jutaan barangan lain.
Sila klik di sini untuk melihat senarai website-website yang menerima Bitcoin sebagai salah satu matawang yang diterima.

Bitcoin Secara Percuma ?
Anda Cuba sendiri.


faucetbtc
freebtc4all 
 
Credit DMZfrees

ReadFull Article ..