Selasa, 17 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Mursi dibawa ke Penjara Iskandariah

Mursi dibawa ke Penjara Iskandariah

Pengikut IM terus memberi sokongan kepada Mursi sepanjang perbicaraan, kelmarin.

KAHERAH - MESIR. Presiden Mesir yang digulingkan, Mohammed Mursi dibawa ke sebuah penjara di Iskandariah selepas prosiding perbicaraan, kelmarin.

Mahkamah sebelum itu memerintahkan, perbicaraan Mursi, 62, dan 14 pengikut Ikhwanul Muslimin (IM) ditangguhkan sehingga 8 Januari tahun hadapan.

Media tempatan melaporkan, sebuah helikopter dilaporkan membawa Mursi ke bandar Perindustrian Burg Al-Arab di Iskandariah yang menjadi lokasi tahanan beliau sehingga perbicaraan seterusnya.

Sebelum meninggalkan mahkamah, beliau memberikan senyuman kepada ribuan penyokong sambil menunjukkan isyarat ‘Rabia’.

Tentera dan polis membina pos kawalan dan menghalang semua laluan ke penjara berkenaan.

Mursi membuat kemunculan pertama sejak ditahan pada 3 Julai lalu.

Kehadiran beliau memasuki kandang tertuduh dengan pakaian sut kelmarin, disambut dengan laungan pengikut IM ‘turun pemerintahan tentera!’ dengan barisan peguam bela bertepuk tangan.

Sebelum Hakim Ahmed Sabry Yussef membuka sesi prosiding, beliau dengan lantang berkata:,

“Saya memberi amaran kepada anda semua, badan kehakiman Mesir bukan lagi menjadi tempat perlindungan bagi rampasan kuasa tentera.

“Saya masih Presiden Mesir!” katanya yang mengulangi ayat itu sebanyak empat kali.

Ketika prosiding itu, beliau menegaskan, pihak menggulingkannya perlu dihadapkan ke mahkamah.

“Saya telah dipaksa untuk hadir ke sini. Saya ke mahkamah dengan kekerasan. Rampasan kuasa ini adalah satu jenayah dan pengkhianatan,” katanya.

Beliau kemudiannya meminta mikrofon, supaya suaranya dapat didengar segenap juri yang hadir.

“Ini bukan mahkamah saya. Mahkamah ini tiada kuasa ke atas presiden. Terdapat satu rampasan kuasa tentera di negara ini. Pemimpin rampasan kuasa ini mesti dibawa ke mahkamah sejajar dengan Perlembagaan,” katanya.

Mursi bersama 14 pengikut IM berdepan pertuduhan menghasut dalam pembunuhan di pekarangan Istana Presiden pada Disember 2012, jika didapati bersalah beliau boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup, laporan dipetik dari Agensi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar