Sabtu, 21 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » PR HANCUR JIKA ANWAR BERSARA

PR HANCUR JIKA ANWAR BERSARA


19 Ogos 2012
Oleh: WFAUZDIN NS
DI DALAM lepak Google semalam, DS Anwar sekali lagi tegaskan untuk bersara dari politik sekiranya PR gagal di dalam cita-citanya untuk merampas Putrajaya dari Umno/Bn.  Aku yakin kenyataan DS Anwar itu ikhlas dari lubuk hatinya walaupun beliau amat yakin di dalam PRU kali ke 13 nanti rakyat akan menolak Umno/Bn secara total.

Apa pun kenyataan yang dibuat oleh DS Anwar samada ianya dianggap sebagai perang psikologi sekalipun, rakyat tetap istiqomah untuk menukar kerajaan kali ini.  Samada DS Anwar bersama kita atau tidak, musuh kita tetap sama iaitu rejim Umno/Bn.

Di dalam sembang-sembang bersama rakan-rakan dan saudara mara ketika bertemu selepas Solat Eidil Fitri pagi tadi, rata-rata mereka tidak lagi sabar menanti PRU agar riwayat Umno cepat dikuburkan.  Di dalam ertikata lain, tanpa DS Anwar pun Umno tidak akan boleh bernafas lega lagi.

JIKA TIDAK BERSAMA UMNO JANGAN HARAP HUKUM ISLAM TERTEGAK

Oleh: WFAUZDIN 
MAHATHIR Kutty merepek menjelang Raya.  Mantan PM yang terkenal sebagai tokoh menentang hukum Hudud ini menyebut bahawa Hudud hanya boleh dilaksanakan jika PAS bersama Umno.  Sama seperti jika kita dengar Ketua Perompak menasihatkan Pengurus Bank agar mengupah budak-budak dia untuk mengawal bank jika mahu bank selamat.
Mahathir tahu hayat Umno semakin kritikal sekarang dan Umno tiada pilihan lain untuk meneruskan hayatnya melainkan mesti mendapat sokongan PAS.  Umno sudah tidak boleh berharap dengan MCA, MIC, Gerakan dan jauh sekali dari parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.  Usaha untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP dalam isu Hudud banyak makan tuan kerana MCA baru-baru ini sebut jika tidak mahu Hudud, sokonglah MCA.

pelik bin ajaib apabila Mahathir sebut Hudud hanya boleh terlaksana jika PAS bersama Umno.  Jika itu teorinya, sejarah pernah memperlihatkan PAS bersama Umno berpuluh tahun dahulu.  Adakah ketika itu ada usaha-usaha dari Umno untuk merealisasikan hukum Hudud?  Bahkan, Umno membuli PAS semahu-mahunya sehingga PAS terpaksa membawa diri sendiri.

Alangkah hebatnya Umno sehingga tidak tertegak hukum Allah di bumi ini tanpa berbaik dengan Umno.  Melucukan, yang bercakap itu pula tokoh yang pernah mempersendakan Sunnah Nabi dan hukum Hudud itu sendiri.  Kelakar juga yang bercakap itu anaknya pernah mempunyai saham di dalam industri arak.

Cukup-cukuplah Umno berpolitik seperti tiada arah.  Semua jadi serba salah buat Umno sekarang.  Masalah paling besar Umno sekarang adalah rakyat tidak lagi percaya dengan parti ini walaupun kadangkala yang dibuatnya itu baik, tetapi rakyat tetap akan kata Umno tidak akan buat baik jika tidak bersebab.  Umno mahu berbaik dengan PAS pun rakyat sudah tahu apa muslihatnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar